Melihat jam di pergelangan tangan,
masa begitu suntuk..
dan aku, dan dia.
seorang utara seorang selatan dunia.
entah kenapa hakikat hidup yang pahit ini.
kenyataan yang kita tak akan bole bersatu di dunia mana pon itu sukar,
sukar untuk aku hadam....aku ranap sendiri.
hidup aku tanpa dia.
ibarat siang tiada matahari.
hidup aku tanpa dia.
ibarat malam tiada bulan.
dan yang pasti pilihan aku tiada,
semua pilihan bersifat sementara.
dan ya , aku buntu.
antara cinta dan cita cita.
antara dia dan keluarga.
ahhhhhhhhhhh.
ok.
ok.
salah satu harus aku korban kan.
aku sudaa tidak mahuuuu menanges,
aku sudaa tidak mampu untuk merangkak,
aku sudaa tidak mampu untuk berlari dari apa yang aku citacita kan.
dan aku yakin bila cita cita aku tercapai .
aku bole tarik nafas lega.
dia dan aku akn rasa lebih selesa.
aku hanya tiada depan mata, nak dengar kau bercerita.
aku hanya tiada sebelah kau, untuk kau sandarkan kepala.
aku hanya tiada . aku tiada lagi untuk teman kau hirup kopi.
melepak sampai pagi. sampai esok nya kerja rasa nak MC. hehe.
tapi sayang,
dekat dalam ini , dalam jantung ini.
cinta itu masih mekar.
~
aku mungkin tersilap langkah .
keputusan yang aku ambil mungkin bersifat mementing kan diri.
perbuatan aku mungkin ada yang iri hati.
hidup aku mungkin tidak diberkati.
tapi,
aku berani.
aku berani.
aku berani.
jika aku jatuh aku tidak akan menyerah diri. aku akan bangun.
apa apa pun yang aku buat selepas ini,
ia nya adalah kerana demi kita.
demi aku . demi dia.
No comments:
Post a Comment