terasa sebak
seperti tidak percaya.
kalau dikira hari kurang lima hari lagi,
kalau dikira jam beberapa minit aja yang tinggal.
menulis di ruang ini dengan atmosfera yang aku terlalu benci dulu..
buat aku ditambah rasa sayu. belom pergi lagi aku dah rasa Rindu!
ya, pahit manis telah aku hadamkan.
usia 10bulan yang singkat ini pernah aku terasa terlaluuuuuu panjang dulu.
kini sudah sampai pada garisan nya...
aku akan rindu setiap individu dalam atmosfera ini.
itu aku pasti.
mungkin keputusan yang aku buat ini terlalu penting kan diri...
atau tindakan aku ini adalah suara separa hatiiii.
tapi.
apa pilihan aku ada?
kalau aku mampu jeritkan pada cuping telinga semua.
aku nak laungkan terima kasih yang tidak terhingga..
kerana terima aku yang kerdil dalam atmosfera mereka.
aku nak terima kasih dengan ilmu mereka.
aku nak terima kasih dengan jasa mereka.
aku nak terima kasih dengan persahabatan kita.
aku tidak mahu teros layu di takuk ini.
aku pergi untuk memaju kan diri.
mohon permisi.
No comments:
Post a Comment